The Strokes Malaysia

Tatkala hujan turun lebat di luar tingkap, tibe2 aku jd bosan..
bukak buku serway anak pmpuan suney pon x bace2..
nk main gitar x tau nk men lagu ape..
maka tibe2 teringatkn lagu kotak hati.. layan saje lah..

Asal usul dajjal

Sabda Rasulullah s.a.w : “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: ”Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:”Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”

“Jika salah seorang diantara kamu telah selesai bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat pekara. Hendaknya ia berkata : ‘Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”

Zikir adalah lebih baik

Lepas tamat eap.. ahli2 band aku merancang tuk wat 1 projek gempar.. iaitu mainkn 15 buah lagu.. walaupon byk dugaan eap sebelum mnjalankn projek, namun hasilnya boleh dikatakn cukup merangsangkan fawaz..


antara lagu yg dicadangkan kotal a.k.a muzakhir..


i predict a riot - kaiser chiefs
rest - the temper trap
run - snow patrol
lips like morfin - kill hannah
the penultimate clinch - maximo park
bright lights - placebo
reckoner - radiohead
12:51 - the strokes
oxford coma - vampire weekend
redundant - greenday
blood gets thin - pete and the pirate
i bet you look good on the dance floor - arctic monkeys
take me out - franz ferdinand
modern minimalis glamour - the times
love you yes - couple


walaupon 9 lagu x berjaya dimainkn.. serta 1 lagu yg vokalis ngade2 xmo nyanyi.. performance semlm cukup untuk mmbawa kami jauh ke arena muzik zimbabwe..


Kenapa saya?

Kenapa saya?
Yg dipilih ke majlis AGD?
Melihat pengurusan yg hampeh
Yg dpt sound system yg hampeh

Kenapa saya?
Perlu menghafal 15 lagu
Sedangkan yg perfect cume 10 lagu
Al-Quran pon baru hafal 1 Juzuk

Kenapa saya?
Tidak dpt jmpe insan tersyg
Walaupon mahu bersua
Ada saja rintangan yg berlaku

Kenapa saya?
Menulis sajak bodoh ni
Sedangkan mata masih mengantuk
Mungkin sudah masanya untuk pergi mndi

(Adaptasi drpd Bukan Sebuah Thesis)

akhirnya...

kerja2 eap yg x sudah2 ni wat aku x mampu meng'update' blog ku yg melalaikan ni.. seb baik aku dah anta.. ringan sket beban rasenye.. saat ni la aku nk smbut ngn wat bnde2 lagha.. kih3.. pape pon aku patut rase bersyukur ngn nikmat Allah yg bg aku kesempatan wat eap di saat mangkuk2 ayun bilik aku nyenyak dibuai mimpi basah..

kat sini aku nk citer sket kisah2 yg rancak di kontroversikan di uia.. bkn kisah tangkap basah ataupon kisah mak cik cleaner dicabul pak cik nepal.. ni berkenaan pak gad yg secara tibe2 'paw' duit bdk2 demi perbelanjaan dapur.. aku tau la uia hampir jatuh miskin pas rafest.. tp x yah la nk saman2 kami ni pak cik.. kami student.. nk pakai byk duit.. kami nk gak rase pakai sony aino cam faqih tu (bkn name sebenar).. tp bile da kne saman beratus2 rupiah.. hari2 ktaorg kne mkn siput sedut je.. haih!

so, in conclusion, pak gad should lessen their activity in saman2 org ni.. bak kate org, biar kami hidup merempat, asalkan kami x disaman (fawaz, 2010). maka dgn ini saya akhiri dgn "HENTIKAN SAMAN!!"..

assalamualaikum..

5 perkara yang manusia mahukan...

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima Perkara Yang Semua Kita Mahukannya Dan Kita Akan Berusaha Utk Mendapatkannya
1-وجه جميل

1:Wajah Yang Cantik
2- فلوس بالملاين

2:Duit Yang Banyak
3- صحة قوية

3:Kesihatan Yang Baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:Anak2 Yg Cerdik Dan Berjaya Macam Kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:Tidur Yang Nyenyak Tanpa Ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

Senang Sahaja Utk Mendapatkannya Hanya 15 Minit Setiap Hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

Kata Nabi Muhammad SAW
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية





sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

karnival anak gampang

dah 1796jam gua x update blog gua.. skang ni gua rasa ganjal sgt nk tekan2 keyboard.. maklumla, aku pndai main gitar je.. ainun(bkn nama sebenar) je yg pndai main keyboard.. maka hari ini tanggal seluar levi's aku, aku mengumumkan perancangan aku untuk berkahwin dgn diana daniel..


bersempena perkahwinan aku nnti, aku merancang untuk mmbuat satu kelainan.. aku bercadang untuk melakukan capoera bg menggantikan silat dihadapan pengantin.. memandangkan capoera saja x memadai, aku bercadang untuk menjemput juara pasukan breakdance peringkat kg. ulu tembeling bg memeriahkan lg suasana yg hambar..

namun, segala perancangan aku terbatal dek uia yg ngade2 wat karnival yg memaksa aku mkn wendy's 3 hari 3 mlm.. akibat drpd cafe2 yg ditutup, maka kadar pulang ke rumah sudah meningkat kpd 98.67%.. 45.8 kali gnda lebih tinggi drpd kadar pulang ke rumah bg hari2 biasa.. maka, di sini jelas lah, uia sengaja mengadakan karnival bg menggalakkn pelajar nya mkn di wendy's, atau lebih mudah dikatakan, uia sengaja mempromosi wendy's.. di mana mereka mungkin mndapat sedikit komisyen dprd tndakan mreka itu..

jd, adalah wajar bg uia menaikkan lg kadar elaun tetap serta elaun2 tambahan, seperti elaun jamming, elaun beli wayar LAN dan elaun tmbang pergi & balik ke mid valley.. seperti tahun2 yg sudah, para pelajar yg baru mahu mnjinak-jinak kn diri dlm sektor perniagaan bertungkus-lumus mmpromosi hasil kerja tgn mreka, iaitu ayam goreng KFC(kelantan fried chicken).. walaupun aku sebenarnya sudah agak bosan mkn kerana sudah hampir 20 tahun aku makan, aku tetap tabahkan diri untuk merasa kebab daging yg di jual di sebelah KFC itu..

mkn punya mkn, baru aku sedar... aku sedang bermimpi rupanya.. haih!

peringatan: aku menyeru pelajar uia untuk ramai2 kita memeriahkan mid valley pada minggu karnival ini.. harap maklum